Pasukan bolasepak Malaysia sejak akhir2 ni dah ternampak sikit peningkatan. Antara yang semua maklum pasukan B23 kebangsaan berjaya memberi saingan sengit ketika bertemu Manchester United. Walaupun tewas tetapi gaya persembahan serta kualiti taktikal memang dah nampak sedikit kemajuan. Aku sebgai rakyat Malaysia memang menantikan sangat kebangkitan pasukan bolasepak kita.
Sekarang tengah berlangsung pertandingan bolasepak 4 penjuru antara Malaysia, Vietnam, Thailand & Laos sebagai pra sukan sea Laos. Walaupun pertandingan ini tidaklah merupakan saingan sebenar, tapi berguna buat pasukan bolasepak negara. Apa yang dapat dibanggakan bilamana pasukan kita berjaya menghantar pasukan B19 yang menjuarai Liga Perdana. Ini merupakan pendedahan yang cukup berguna di peringkat serantau.
Bagi aku lebih banyak pendedahan maka akan lebih bertambah serasi permainan mereka. Selain itu mutu permainan juga dapat ditingkatkan. Aku amat bersetuju dengan cadangan FAM untuk membina satu lg pasukan B19 negara memandangkan pasukan sedia ada akan naik ke Liga Super. Biar banyak bakat2 muda yang dapat kita ketengahkan agar mudah untuk jurulatih kebangsaan membuat pilihan.
Aku sentiasa mendoakan kejayaan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Biar kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita juga mampu berdiri sama tinggi dengan mereka.
Senyum2 selalu yaaa.....

No comments:
Post a Comment