Wednesday, April 13, 2011

Jom Menabung......



Dari kecik sampai ke besar kita asyik mendengar tentang perkataan "Menabung". Apa faedahnya menabung ni sampai dari sekecil2 anak ke sebesar2 mak bapak ditekankan tentang perihal menabung ni. Bukan ke kita kerja ni untuk cari duit. Dah dapat duit enjoy la sebab tu kan semua hasil titik peluh kita bekerja.

Semua sedia maklum betapa pentingnya kita menabung. Namun yang demikian berapa ramai daripada kita yang telah mengamalkannya. Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Menabung boleh memberi kita banyak faedah bukan sahaja kepada diri kita malah keluarga keseluruhanya. Antara faedah yang kita akan peroleh ialah :

  • Meningkatkan pendapatan masa hadapan kita
  • Meningkatkan kualiti hidup kita
  • Membiayai pendidikkan anak2 bila mereka dewasa kelak
  • Membeli rumah yang selesa
  • Mendirikan rumahtangga bagi mereka yang masih bujang
  • Membeli barang2 keperluan seharian
  • Mampu berdikari dari segi kewangan
  • Menyediakan payung sebelum hujan

Menabung boleh dilakaksanakan melalui beberapa kaedah :

  • Berjimat cermat - Kurangkan pembaziran sumber2 seperti elektrik, air & perkhidmatan2 lain. Amalan ini dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan kita.
  • Merancang perbelanjaan - Rancang setiap perbelanjaan yang hendak dibuat. Utamakan membayar bil2 perkhidmatan asas terlebih dahulu beserta dengan barang2 dapur. Hasilnya kita akan dapat memperoleh lebihan daripada pendapatan bulanan kita.
  • Amalan berserdehana - Apabila hidup kita meningkat maka normalnya keinginan terhadap kebendaan pun turut sama meningkat. Tabiat ini seharusnya dicegah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

Disini terdapat cara paling mudah untuk memulakan amalan menabung. Apa yang perlu anda lakukan ialah :

  1. Sediakan tabung - Tidak kira apa bentuk sekalipun.
  2. Sediakan 1 bekas khas seperti botol pringles, botol kain pelekat cap gajah duduk dll.
  3. Mulakan menyimpan duit syiling yang kita perolehi setiap hari hasil dari baki membeli makan, bayaran tol dll.
  4. Setiap hujung bulan kira duit yang ada dalam tabung kita. Kemudian duit2 syiling tersebut masukkan ke dalam bekas khas tadi. Jangan lupa untuk mencatat berapa hasil tabungan pada bulan tersebut. Catatan tersebut diletakkan ke dalam bekas khas untuk digunakan pada bulan2 seterusnya.
  5. Ulang semula rutin ke-3 & ke-4 setiap bulan. Untuk membuatkan kita lebih bersemangat menyimpan duit syiling, wujudkan suasana untuk mengatasi kutipan bulan sebelumnya. Adalah lebih baik sekiranya anda ada kawan yang juga melakukan aktiviti sama. Cuba bersaing sesama sendiri.
  6. Lihat hasil yang anda perolehi setiap tahun. Anda pasti akan terkejut kerana hobi sampingan ini pasti dapat membantu anda dikala memerlukan.


Marilah kita semua mulakan amalan menabung ini kerana ianya baik untuk masa depan kita. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...