Showing posts with label Tips2 Berguna. Show all posts
Showing posts with label Tips2 Berguna. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Petua Panjangkan Usia

1. Pastikan anda makan 5 sajian bersaiz kecil setiap hari. Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak 3 kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak 5 kali sehari. Tetapi ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Apabila kita kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, kita akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari. Cara begini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.




2. Ubah tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan kita seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga. Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.




3. Pastikan minum 8 gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang. Pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral. Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.




4. Menambah amal ibadah bagi umat Islam. Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tetapi ia boleh dielakkan jika kita pandai mencari jalan mengelakkannya. Beribadah adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan kita semula. Menerusi ibadah juga kita akan dapat bernafas dengan baik. Apabila pernafasan kita sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.


Monday, April 18, 2011

Petua Awet Muda

Hahaha....Pasti korang nak tau macam mana nak kekal awet muda. Aku akan cuba bagi sikit petua hasil dari info2 yang aku ada.

Caranya cukup mudah. Minum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Ini memang petua paling mujarab & paling mudah untuk mengekalkan kejelitaan wajah. Haa....Korang mesti macam pernah dengar kan sebab biasanya nenek2 atau mak2 kita tentu pernah bagitau.

Yang ni plak sebagai penambahan dari petua tadi. Letakkan jari telunjuk kedua2 belah tangan di atas dagu. Kemudian pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung & seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat islam berselawatlah 3 kali sebelum meminum air suam tadi. Harus diingat bahawa air suam tadi hendaklah diminum sebelum mengambil sarapan pagi.

Cukup mudah kan petua yang aku bagi tadi. Jangan lupa amalkan tau.

Senyum2 selalu yaaa.....


Atasi kegemukan dengan buah pinang.....

Masalah berat badan melampau & lemak2 tepu yang berlebihan memang selalu merunsingkan ramai orang. Masalah ini adakalanya mampu membuatkan orang berasa murung, rendah keyakinan diri & banyak lagi. Atas sebab itulah aku nak kongsi sedikit ngan korang semua cara2 untuk mengatasi kegemukan ini berdasarkan pembacaan aku selama ni.

Apa kata kali ni korang cuba atasinya dengan buah pinang. Caranya mudah sahaja. Ambil buah pinang muda yang lembut & dibelah dua lalu dicuci dengan air sebersih yang boleh. Kemudian masak air dalam periuk kemudian rebus pinang muda tadi sehingga mendidih. Setelah itu minum air rebusan tadi (pastikan air tadi sejuk dulu agar mudah untuk diminum). Kesan yang korang akan dapat ialah korang akan rasa lebih mudah untuk membuang air besar & lemak2 di dalam perut akan keluar sekali melaluinya.

Haa....Mudah je kan. Apa kata korang cuba petua ni. Mungkin cara ini lebih serasi dengan badan korang. Kita hanya mampu berusaha sahaja & selebihnya kita serahkan kepadaNya. Selamat mencuba...


Senyum2 selalu yaaa.....

Friday, April 15, 2011

Cara Atasi Sinki Tersumbat......


Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa2 yang tersumbat di dalam sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curahkan dengan air panas. Pasti sisa2 tadi akan larut.



Senyum2 selalu yaaa.....

Hutang !!! Macam Mana Nak Control ???


Bila sebut pasal hutang je mesti semua orang akan tak senang duduk nyer kan. Tapi dalam zaman sekarang ni mana ada orang yang tak berhutang. Nak2 yang tinggal di bandar. Bagi yang berjaya hidup tanpa hutang, syabas & berbahagialah hidup korang.

Bab hutang ni memang dah jadi perkara wajib nyer la. Mana ngan hutang beli kereta, rumah, motosikal, sambung belajar, majlis kahwin & banyak lagila. Cuma yang membezakan setiap orang itu ialah jumlah wang yang di pinjam, tempoh pinjaman & bagaimana kita nak menguruskan kewangan agar hutang kita tu berjaya dikawal.

Kat sini aku ada beberapa tips yang nak di kongsi bersama ngan korang : -


1) Senaraikan segala hutang yang ada seperti hutang kereta, rumah, majlis kahwin, peribadi & sebagainya. Pastikan hutang yang berfaedah tinggi di senarai dulu. Kemudian pecahkan kepada 2 kumpulan iaitu hutang keperluan seperti kereta, rumah & hutang peribadi seperti majlis kahwin, kad kredit. Selesai je korang jumlahkan semua hutang2 yang ada.

2) Jangan tambah hutang lagi. Tumpukan perhatian dalam mengurangkan hutang sedia ada terlebih dahulu. Berhenti menggunakan kad kredit & kemudahan overdraf. Kawal nafsu berbelanja mengikut perasaan & kemahuan.


3) Potong perbelanjaan yang berlebihan & dirasakan kurang perlu seperti bil siaran televisyen, telekomunikasi & sebagainya. Jangan berfikir dua tiga kali, teruskan je tindakan korang tu.

4) Sekiranya semua langkah di atas telah di ambil, kini tiba masa untuk kita menfokuskan diri dalam melangsaikan hutang yang ada. Jumlah hutang yang banyak datang daripada tabiat buruk berbelanja & tiada perangcangan langsung. Oleh itu korang mesti terima segala tanggungjawab untuk melunaskan hutang yang ada sepenuh hati. Mesti kena banyak bersabar & selalu berusaha gigih. Jangan sekali-kali lari dari perancangan asal korang serta terpengaruh dengan godaan luar. Beritahu pada keluarga korang tentang perancangan yang telah dibuat agar diorang faham situasi kewangan yang korang alami.

5) Kini setelah semua dilaksanakan dengan baik & teratur, maka proses seterusnya ialah melatih diri korang untuk sentiasa menabung. Sebaik2 nya di jalankan semasa proses melunaskan hutang berlangsung. Mungkin pada permulaan korang cuba menabung 5% dulu dari pendapatan bulanan yang ada. Kemudian bila dah terbiasa bolehla naik ke 10% pulak. Lagi satu jangan lupa menabung setiap duit syiling yang korang ada / terjumpa. Korang mesti akan terkejut dengan hasil yang korang akan dapat nanti. Walaupun jumlahnya kecil, tapi itu adalah satu langkah permulaan yang sangat penting dalam hidup korang.


Aku harap tips2 yang aku bagi ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang dalam menyelesaikan masalah hutang ni. Sama2 lah kita berkongsi ilmu yang ada untuk manfaat kita bersama. Mudah2an kita akan menjadi insan yang lebih hebat dalam mengawal perbelanjaan harian kita.

Senyum2 selalu yaaa.....

Wednesday, April 13, 2011

Jom Menabung......



Dari kecik sampai ke besar kita asyik mendengar tentang perkataan "Menabung". Apa faedahnya menabung ni sampai dari sekecil2 anak ke sebesar2 mak bapak ditekankan tentang perihal menabung ni. Bukan ke kita kerja ni untuk cari duit. Dah dapat duit enjoy la sebab tu kan semua hasil titik peluh kita bekerja.

Semua sedia maklum betapa pentingnya kita menabung. Namun yang demikian berapa ramai daripada kita yang telah mengamalkannya. Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Menabung boleh memberi kita banyak faedah bukan sahaja kepada diri kita malah keluarga keseluruhanya. Antara faedah yang kita akan peroleh ialah :

  • Meningkatkan pendapatan masa hadapan kita
  • Meningkatkan kualiti hidup kita
  • Membiayai pendidikkan anak2 bila mereka dewasa kelak
  • Membeli rumah yang selesa
  • Mendirikan rumahtangga bagi mereka yang masih bujang
  • Membeli barang2 keperluan seharian
  • Mampu berdikari dari segi kewangan
  • Menyediakan payung sebelum hujan

Menabung boleh dilakaksanakan melalui beberapa kaedah :

  • Berjimat cermat - Kurangkan pembaziran sumber2 seperti elektrik, air & perkhidmatan2 lain. Amalan ini dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan kita.
  • Merancang perbelanjaan - Rancang setiap perbelanjaan yang hendak dibuat. Utamakan membayar bil2 perkhidmatan asas terlebih dahulu beserta dengan barang2 dapur. Hasilnya kita akan dapat memperoleh lebihan daripada pendapatan bulanan kita.
  • Amalan berserdehana - Apabila hidup kita meningkat maka normalnya keinginan terhadap kebendaan pun turut sama meningkat. Tabiat ini seharusnya dicegah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

Disini terdapat cara paling mudah untuk memulakan amalan menabung. Apa yang perlu anda lakukan ialah :

  1. Sediakan tabung - Tidak kira apa bentuk sekalipun.
  2. Sediakan 1 bekas khas seperti botol pringles, botol kain pelekat cap gajah duduk dll.
  3. Mulakan menyimpan duit syiling yang kita perolehi setiap hari hasil dari baki membeli makan, bayaran tol dll.
  4. Setiap hujung bulan kira duit yang ada dalam tabung kita. Kemudian duit2 syiling tersebut masukkan ke dalam bekas khas tadi. Jangan lupa untuk mencatat berapa hasil tabungan pada bulan tersebut. Catatan tersebut diletakkan ke dalam bekas khas untuk digunakan pada bulan2 seterusnya.
  5. Ulang semula rutin ke-3 & ke-4 setiap bulan. Untuk membuatkan kita lebih bersemangat menyimpan duit syiling, wujudkan suasana untuk mengatasi kutipan bulan sebelumnya. Adalah lebih baik sekiranya anda ada kawan yang juga melakukan aktiviti sama. Cuba bersaing sesama sendiri.
  6. Lihat hasil yang anda perolehi setiap tahun. Anda pasti akan terkejut kerana hobi sampingan ini pasti dapat membantu anda dikala memerlukan.


Marilah kita semua mulakan amalan menabung ini kerana ianya baik untuk masa depan kita. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

Wednesday, March 23, 2011

Berfikir di luar kotak.....



Hari ni kita akan berbincang tentang tajuk "Berfikir Di Luar Kotak". Penting sangat ke untuk ambil tahu pasal benda ni. Buat je la apa yang kita nak buat. Apa yang terlintas di fikiran kira ON je la.

Dalam berfikir kita bukan sahaja sekadar berfikir malah perlu wujud situasi yang digelar "Fikir Kreatif". Dengan berfikir secara kreatif kita secara tidak langsung akan dapat menghasilkan sesuatu penyelesaian dari sudut yang berbeza.

Macam mana nak berfikir di luar kotak? Cukup mudah tapi memerlukan latihan yang berterusan agar kita biasa berfikir secara kreatif. Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu pertimbangkan dalam menghasilkan idea yang kreatif :

1) Memudahkan kerja
2) Menambahkan kualiti
3) Mengurangkan kos
4) Mempercepatkan kerja
5) Menjadi lebih efisyen

Sebagai manusia kita perlu sentiasa berfikir seharian. Ini kerana akal yang digunakan Allah juga akan tumpul daya fikirnya jika kita kurang berfikir. Banyakkan bertanya soalan & berfikir untuk mendapatkan jawapan yang bernas melalui pembelajaran. Tidak kira sekecil mana pun sesuatu ilmu yang kita pelajari yang penting kita dapat mengasah daya fikir kita setiap hari & dalam masa yang sama akan mengetahui perkara yang kita belum ketahui.

Harus diingat bahawa idea yang kreatif perlu disertakan dengan tindakan. Jika tidak maka ianya tetap tidak mendatangkan kesan langsung. Jangan takut untuk gagal kerana setiap kejayaan bermula dengan secebis idea yang kreatif serta disusuli dengan tindakan & disertai dengan usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu.


Selamat Berfikir Semua........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...