Wednesday, April 13, 2011

Bahaya Botol Susu BPA.......


Pengharaman Botol Susu Polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A bermula 1 Mac 2012


Tahukah anda betapa bahayanya bahan kimia BPA yang digunakan untuk menjernihkan dan mengeraskan botol susu polikarbonat ???

BPA adalah merupakan penyebab berlakunya gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak2 yang menggunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap ke dalam cecair susu. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak 7 kali ganda pada suhu 80 darjah celcius. Ianya biasa berlaku ketika membancuh susu & membasuh botol susu menggunakan air panas.


Panduan Penggunaan Botol Susu Polikarbonat

a) Kenalpasti botol susu Polikarbonat

Botol susu polikarbonat bersifat keras dan lutsinar dimana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu seperti berikut :

  • Nombor 7
  • Nombor 7 & PC
  • Nombor 7 & Other

Botol susu yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan "BPA FREE" atau "Bebas BPA"




b) Pengendalian botol susu Polikarbonat

  1. Steril botol susu polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan daripada menggunakan air panas secara terus dalam botol susu polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Gunakan peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakkan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu polikarbonat kepada botol susu yang bebas BPA mengikut kemampuan masing2. Terdapat pelbagai alternatif botol susu di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polythersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain2.




Berubahlah ke botol susu bebas BPA. Jangan jadikan anak anda mangsa di atas kecuaian diri anda sendiri.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...