Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Makanan Melawan Kolesterol

Sedang aku syok2 layan internet ni, aku terjumpa fakta menarik tentang kolesterol. Korang tentu dah tau punya kan apa tu kolesterol. Maklumlaa sebab masalah kolesterol tinggi ni dah jadi macam kelaziman buat semua orang. Tahap kolesterol yang tinggi boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya. Punca utama sebab aturan makanan seharian yang xbetul. Jadi aku nak kongsi tentang beberapa jenis makanan yang mampu melawan kolesterol tur. Cubalah amalkan mana tau berkesan kan...

Berikut ialah makanan2 yang mampu melawan kolesterol tersebut :-


1. Soya





2. Oat





Wednesday, April 13, 2011

Bahaya Botol Susu BPA.......


Pengharaman Botol Susu Polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A bermula 1 Mac 2012


Tahukah anda betapa bahayanya bahan kimia BPA yang digunakan untuk menjernihkan dan mengeraskan botol susu polikarbonat ???

BPA adalah merupakan penyebab berlakunya gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak2 yang menggunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap ke dalam cecair susu. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak 7 kali ganda pada suhu 80 darjah celcius. Ianya biasa berlaku ketika membancuh susu & membasuh botol susu menggunakan air panas.


Panduan Penggunaan Botol Susu Polikarbonat

a) Kenalpasti botol susu Polikarbonat

Botol susu polikarbonat bersifat keras dan lutsinar dimana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu seperti berikut :

  • Nombor 7
  • Nombor 7 & PC
  • Nombor 7 & Other

Botol susu yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan "BPA FREE" atau "Bebas BPA"




b) Pengendalian botol susu Polikarbonat

  1. Steril botol susu polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan daripada menggunakan air panas secara terus dalam botol susu polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Gunakan peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakkan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu polikarbonat kepada botol susu yang bebas BPA mengikut kemampuan masing2. Terdapat pelbagai alternatif botol susu di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polythersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain2.




Berubahlah ke botol susu bebas BPA. Jangan jadikan anak anda mangsa di atas kecuaian diri anda sendiri.


Wednesday, March 23, 2011

Bahaya Merokok.....



Acap kali kita mendengar tentang bahaya tabiat merokok. Telah bermacam-macam cara dilakukan bagi mengurangkan mereka yang menghisap rokok. Namun semua usaha-usaha tersebut dilihat seolah-olah ibarat mencurah air di daun keladi. Pelbagai gambar2 yang dasyat diletakkan pada kotak rokok namun para perokok semakin berselera untuk menghembuskan asap rokok mereka.




Apakah kesan-kesan daripada tabiat merokok?
  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk



Bukan sahaja dari sudut kesihatan, malah merokok juga memberi kesan dalam kehidupan seharian. Antara yang jelas dapat dilihat ialah dari sudut kewangan. Sekiranya wang yang digunakan untuk membeli rokok itu disimpan pastinya kita akan berasa selesa dengan kedudukan kewangan kita setiap bulan. Anda yang merokok pasti tahu berapa jumlahnya. Besar bukan??? Renung2kanlah.......

Sunday, December 27, 2009

Bahaya Parkinson


Artikel oleh Dr. Chew Nee Kong


Penyakit serang sesiapa saja tanpa mengira jantina, umur, status sosial, budaya atau latar belakang kerjaya

SALAH faham yang biasa mengenai Parkinson ialah ia dikaitkan dengan penyakit orang tua. Hakikat sebenarnya, 15 peratus daripada mereka yang didiagnosis dengan Parkinson berusia 50 tahun ke bawah. Parkinson boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina, umur, status sosial, budaya atau latar belakang kerjaya.

Parkinson ialah masalah gangguan otak yang berlaku apabila sel saraf tertentu atau neuron dalam otak mati atau rosak. Ia menyebabkan sel saraf berkenaan tidak lagi menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai dopamine (yang bertindak memudahkan kelancaran koordinasi dan fungsi otot). Apabila 80 peratus neuron ini, mati atau rosak, Parkinson terjadi.

Antara gejala Parkinson ialah menggeletar (tremors), kelambatan pergerakan, kejang, sukar melakukan imbangan badan, tulisan jadi kejang, air muka menjadi kaku, terpaksa berjalan merangkak, sukar untuk bertutur dan menjadi murung.

Adalah sukar untuk mendiagnosis penyakit ini kerana tiada pemeriksaan yang khusus untuk mengesahkan seseorang menghidapnya. Diagnosis hanya boleh dibuat melalui sejarah perubatan pesakit dengan melakukan siri pemeriksaan fizikal.

Parkinson bukan setakat gangguan pergerakan, sebaliknya boleh menjejaskan pesakit dari segi emosi. Mereka berhadapan dengan kemurungan, kekeliruan, halusinasi, gusar, nyanyuk, gangguan usus, hilang deria bau dan mengalami gangguan tidur.

Sungguhpun sudah diketahui bertahun lamanya, Parkinson masih tiada penawar. Kehilangan sel otak berterusan menyebabkan penyakit semakin teruk. Kerosakan tidak dapat dielakkan dan gangguan psikiatrik terjadi lebih kerap, terutama apabila keadaan penyakit itu mencapai tahap teruk.

Ramai juga pesakit mengalami pergerakan badan secara tidak sengaja kerana ubat yang diambil kurang berkesan apabila penyakit itu sudah sampai ke tahap lebih serius. Semua komplikasi ini mengakibatkan berlaku kecacatan jangka panjang kepada pesakit Parkinson yang akan membabitkan hampir semua aspek kehidupannya - dari segi fizikal, pekerjaan dan sosial.

Disebabkan sebahagian besar daripada gejala Parkinson berpunca akibat kekurangan dopamine, ubat-ubatan yang biasanya digunakan akan mengganti atau meniru ciri-ciri dopamine bagi mengurangkan rasa menggeletar, mengurangkan kekakuan dan kelambatan pergerakan yang dikaitkan dengan penyakit Parkinson.

Preskripsi ubat biasanya bergantung pada tahap seriusnya penyakit, umur pesakit selain tahap boleh terima ubat yang digunakan.

Bagaimanapun, fakta yang perlu diterima ialah tahap kehilangan upaya fizikal pesakit Parkinson semakin lama menjadi semakin teruk. Selepas 10 hingga 15 tahun, ramai daripada mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjalani aktiviti harian walaupun mengambil rawatan ubat yang maksimum (dalam kombinasi kelas ubat yang banyak).

Pesakit Parkinson hanya boleh pulih pada tahap 90 peratus saja, walaupun mereka mengambil ubat yang terbaik. Rawatan bagi penyakit Parkinson tidak boleh menggantikan sepenuhnya kekurangan dopamine dalam otak.

Apabila keadaan penyakit menjadi semakin serius dan gejala penyakit tidak lagi dapat dikawal melalui pengambilan ubat, contohnya, keadaan menggeletar yang semakin tidak boleh dikawal, pembedahan otak adalah antara cara mungkin berkesan dalam mengurangkannya. Namun, pembedahan Deep Brain Stimulation (DBS) - Stimulasi Otak Dalam - boleh didapati di Malaysia tetapi kos rawatannya sangat mahal.

Rawatan sel stem (melalui pemindahan) bagi mengubati Parkinson semakin mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, rawatan sel stem yang dilakukan di Barat, belum lagi dapat membuktikan keberkesanannya. Banyak isu teknikal perlu diselesaikan sebelum ia disyorkan untuk mengubati pesakit Parkinson. - Penulis ialah Pakar Runding Neurologi, Hospital Pantai Cheras.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...