Thursday, March 24, 2011

Merempit.....



Gambar di atas sekadar gambar hiasan saja. Tapi gaya anak2 kecil di atas macam biasa kita lihat di jalanan. Cuma yang ni gaya dengan motosikal berkuasa besar. Alangkah bagusnya jika Malaysia dapat melahirkan pelumba motosikal yang hebat. Kita ada ramai mereka2 yang berbakat besar & mempunyai keberanian tinggi serta cukup menjiwai motosikal masing2.


Aksi Tahan Nak Yak Yak.....Rumah Jauh Lagi.....


Konon2 nak jadi Pak Pacak depan Istana


Usaha untuk melahirkan pelumba2 profesional ini hendaklah bermula semenjak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Dengan bimbingan yang betul pasti kita akan dapat lihat ramai pelumba hebat kita di Kejohanan MotoGP Dunia di Litar Sepang. Tidak lah pelumba2 kita sekadar menunjukkan aksi di jalanan sahaja. Bukan dapat apa2 bayaran yang lumayan pun.


Baru la style baby2 lg dh naik motor besar


Baru2 ni aku ada nampak 1 trek motorbike kecik (Apa nama ntah???) berdekatan dengan Carrefour Ampang. Yang sertai perlumbaan cuma anak2 kecil sahaja. Kiut jer tgk dorg racing. Tapi apa yg aku selut sbb gaya semua macam tgh berlumba dekat litar sepang. Ramai jugak penonton yang duk bertenggek menyaksikan aksi2 yang dipamerkan.


Ni lah motor yang aku cakap tur....Per nama dia ek???


Pokok pangkal nyer pelumba yang hebat perlu di asah bakatnya dari kecil agar mereka lebih berdisiplin dalam berlumba. Mengenakan pakaian yang betul, peralatan2 keselamatan mencukupi malah trek perlumbaan yang tepat. Usah dijadikan jalanraya tempat berlumba kerana ramai lg yang bayar cukai jalan & mengharapkan jalanraya yang selamat untuk pemanduan yang selamat.


Apa hal ni??? Ngigau ke???


Senyum2 selalu yaaa.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...