Wednesday, May 11, 2011

Rahsia Mengorat Vol. 1



Ingatan : Kepada yang telah berumah tangga tolong lah jangan gatal2 pergi carik yang lain yer. Kesian la kat anak bini tur. Bawak2 berbincang kalau ada pape masalah.


Aku rasa cukup terpanggil untuk berkongsi cerita tentang apa yang aku gelar sebagai rahsia mengorat. Khas buat mereka2 yang masih belum mendirikan rumahtangga. Kepada yang sudah bergelar suami/isteri orang bacalah ayat bertulisan merah di atas kay.

Sebelum aku cite tentang rahsia mengorat ni, aku nak korang semua yakin bahawa setiap orang ada jodoh masing2. Perkara ini perlu ditekankan awal2 lagi sbb ramai yang bila putus cinta langsung jadi macam orang gila. Konon2 xmampu hidup tanpa bekas kekasih yang terlalu dicintai. Kena percaya pada qada' & qadar yang telah ditentukan.

Dalam kita nak mencari jodoh, ada beberapa peringkat yang kita perlu tempuh. Dalam pembacaan ni korang akan nampak perbezaan peringkat2 tersebut. Bagi yang tengah di lamun cinta korang nilai la sendiri korang sedang berada di peringkat mana k.


1) Berkenalan

Ini ialah langkah pertama dalam mengorak langkah untuk mendapat teman lelaki/wanita. Dalam peringkat ini adalah digalakkan untuk tidak terlalu merasa segan. Bukan apa cuma sekadar untuk berkenalan sebagai kawan sahaja. Sekiranya korang rasa ok bolehlah jadi kawan. Sekiranya tidak cukuplah sekadar menjadi kenalan baru yang boleh ditegur bila terjumpa di mana2.



2) Berkawan

Orang kata xkenal maka xcinta. Jadi bila dah kenal mulalah berkawan. Kenapa perlu jadi kawan??? Sebabnya kawan2 biasa akan menonjolkan diri mereka yang sebenar. Dari situ kita secara tidak langsung boleh la lebih mendekati seseorang yang kita minati tu kan. Tapi ingat batas2 yang perlu di jaga. Jangan main langgar je.



3) Mengenali & Memahami

Ini ialah peringkat yang amat penting. Kenapa??? Di peringkat ini lah korang boleh mula menilai seseorang itu sama ada sesuai atau tidak dengan diri korang. Banyak orang yang aku jumpa berpura2 terutama bila depan pakwe/awek masing2. Bagi aku ini bukan cara yang betul sebab kesannya bila dah kahwin nanti. Kene ingat orang perempuan ni ada 1 bahagian khas dalam otak dorang yang akan sentiasa ingat apa yang korang janjikan masa bercinta dulu. So jadilah diri sendiri & nilai lah pasangan masing2 sebaik mungkin.

4) Kenal Keluarga Pasangan

Bila korang dah benar2 kenal & faham pe'el pasangan masing2, kene la mula serius dalam perhubungan tu. Serius ni bukan bermakna kene buat muka garang jer. Serius ni ialah korang kene kenalkan diri kepada keluarga pasangan yang korang suka tu. Ada ramai yang bercinta dah bertahun2 tapi bila suruh jumpa mak abah pasangan lutut terketaq abes. Kalau laki camtu xgentle laaa. Kene jumpa untuk mintak izin sebab maklumla masa bercinta ni kekadang kuar makan sama la, study sama la & macam2 lagi laa. Janji jgn lebih batas yang ditetapkan.




5) Kumpul Duit

Bila dah sampai tahap ni apalagi kumpul duit la nak kahwin. Kalau mak abah dah kenal & bagi restu jangan la tunggu lama2. Kang melepas sapa susah?? Empunya badan gak yang merana. Mandi xkenyang, tidur xbasah, makan xlena...Ala ciannya...ingat apa yg aku cakap tadi. Kene percaya pada qada' & qadar.

6) Kahwin & Perbanyakkan Zuriat

Sekiranya korang berjaya ke tahap ni dengan pasangan sama yang tempuh peringkat2 tadi maka berbahagialah korang. Tapi ini baru langkah awal. Kerana dalam berumah tangga banyak dugaan yang kene tempuh. Hanya yang cekal & tabah akan mampu mengharungi cubaan yang datang dengan jayanya.




Kat atas ni baru cerita mukadimah jer. Sekarang korang dah tahu apa peringkat2 yang ada dalam bercinta ni kan. So nantikan Rahsia Mengorat Vol.2 pulak untuk dapatkan penerangan lebih terperinci tentang macam mana nak mulakan langkah untuk kenal pasangan masing2. Aku akan hurai peringkat demi peringkat. Tungguuuuuu........


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...