Friday, April 24, 2015

Atasi Perasaan Malas






Amacam tengok gambar kt atas tu? Dah mula rasa mengantuk & malas ???

Kalau itu yang korang rasa, kena usaha untuk melawan perasaan malas tu. Malas merupakan satu sifat negatif yang harus dibuang jauh2 dari diri kita. Dengan adanya sifat ni, kita akan menjadi orang yang sering ketinggalan dalam semua hal & susah untuk berjaya dalam hidup.

Di sini Che Had nak kongsikan sikit cara2 bagaimana untuk kita atasi perasaan malas :-


1) Doa dan perbanyakkanlah berdoa

Kita harus sedar bahawa senjata utama yang paling mantap ialah doa. Tapi ramai yang tidak bersungguh2 ketika berdoa. Kita harus berdoa seolah2 kita memang sangat2 memerlukan bantuan & pertolongan dariNya. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk melawan semua bentuk ujian dan penyakit.


2) Lawanlah nafsu malas

Malas sebenarnya berpunca dari hasutan syaitan. Syaitan sentiasa berusaha untuk menipu daya manusia. Menjadi kewajipan bagi kita melawan godaan syaitan dengan sepenuh hati.


3) Carilah ilmu

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu seseorang itu akan menjadi rajin dan cergas dalam hidupnya. Sekiranya kita lebih memahami kebaikan di atas setiap apa yang kita buat, pasti kita akan sentiasa berusaha bersungguh2 dan melakukan setiap perkara sepenuh hati.



Sama2lah kita semua bermuhasabah diri dalam melawan nafsu malas ini.Ayuhlah kita berusaha melawan dan membuang tabiat malas ini demi mencapai kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat.


Senyum2 Selalu Yaaaaa.....






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...