Thursday, May 19, 2011

Rahsia Menarik Pelanggan Vol. 1



Mungkin antara korang yang baca artikel ni merupakan seorang ahli perniagaan. Jadi aku nak share info yang aku belajar sebelum ni dengan korang semua. Mana la tau info ni mampu menambah baik lagi perniagaan korang kan. Kat bawah ini aku ada bagi beberapa tips menarik untuk meningkatkan jualan perniagaan korang. Sama2 la kita cuba moga2 boleh jadi jutawan pasni.


1) Kongsikan apa yang kita tahu dengan orang lain

Mungkin informasi produk yang kita jual benar2 diperlukan oleh pelanggan. Dengan itu kita kena sentiasa berkongsi pengetahuan tersebut. Tapi jangan lah sampai rahsia penting syarikat pun nak dikongsi. Boleh lingkup syarikat nanti.


2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa

Biasanya kita akan nampak kat pasaraya2 dorang akan ubah dekorasi kedai mereka berdasarkan hari perayaan. Ataupun kita boleh mengikut tema cerita2 yang tengah panas di wayang ketika itu contohnya macam filem transformers, nur kasih & macam2 lagi. Yang penting kene sesuai jugak dengan produk yang kita jual & bajet yang ada.


3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma

Pelanggan biasanya akan lebih tertarik bila dengar perkataan "PERCUMA". Jadi apa kata lepas ni bila korang jual barang, bagi la apa2 yang percuma. Janji ada untung sikit ok la. Pelanggan ni confirm akan datang lagi punye laaa.




4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa

Yang ni paling penting. Bila dengan pelanggan kena senyum selebar2nya. Kalau dorang yang buat hal kena sabar je. Maklumla pelanggan ni mentang2 la pepatah kata "Customer always Right" so dorang kekadang buat peniaga macam balaci. Tapi adat laaa...Kita nak duit dorang kena la layan kan jer. Lagi satu kalau ada call masuk pastikan angkat dalam tempoh maksimum 3 deringan sahaja.


5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah

Macam yang no. 3 tadi. Pelanggan dia suka benda "PERCUMA". Jadi dah tau dorang suka apalagi, pikir2 kan la macam mana nak bagi.


6) Maksimakan jenama syarikat pada alatulis syarikat

Mudah je. Korang pegi buat cop logo jenama korang tu kat atas pen, bag, tshirt, sampul surat & macam2 lagi yang korang rasa sesuai. Paling bagus kalendar sebab dorang ni biasa setahun akan gantung kalendar korang tu. Boleh jadi dalam masa setahun tu dorang minat nak order produk syarikat korang.




Setakat ni aku kongsi 6 idea menarik ni dulu. Ada banyak lagi dalam koleksi. Kita sama2 cuba yang asas ni dulu tengok macam mana hasilnya. Tak cuba tak tahu kan. Aku akan bagitau banyak lagi idea2 menarik lain dalam artikal selepas ni. So tungguuuuu.

Selamat Mencuba yaaa.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...